Wednesday, June 18, 2008

Positional Chess 10 (sambungan)

Pada minggu yang lepas saya ada menerangkan tentang square yang dikira lemah walaupun ia dikawal oleh pawn tetapi ia disebabkan oleh kelemahan yang teruk dalam position. Mari kita lihat contoh dibawah


Square pada f3 putih sangat lemah walau ia dikawal oleh pawn g2 dan Knight putihpada d4 . Knight hitam pada g5 bila-bila masa akan melakukan sacrifice dan memenangi Queen putih. Queen putih pada h4 tidak dikawal, tidak akan dapat menafikan hakikat bahawa square f3 sangat lemah. putihmenyedari hakikat ini dan cuba mebawa Bishopnya pada e2 untuk mengawal f3 yang lemah ini tetapi sudah terlambat.

23.Be2 Rxe2 24.Nxe2 Nf3+ 25.gxf3 Qxh4 0-1

Sekian. Di posting yang akan datang saya akan menerangkan jenis-jenis center yang terdapat dalam permainan kita. Dengan memahami center-center ini kita akan dapat menentukan strategy yang sesuai untuk menyerang lawan kita.......... bye.

Sunday, June 8, 2008

Positional Chess 10

Weak Square


Weak Square bolehlah didefinisikan sebagai square yang tidak dilindungi/disokong oleh mana-mana pawn. Namun begitu dalam parktik yang sebenar weak square ini mempunyai makna yang lebih luas: Sesuatu square itu boleh dianggap lemah walaupun ia dilindungi/disokong oleh pawn , sekiranya berlaku kelemahan yang teruk dalam position ( saya akan huraikan maksud tersebut dengan lebih dalam)

Contoh dibawah saya petik dari buku Play Like Grandmaster.



Sekali pandang bila kita asses position di atas perhatian kita akan tertumpu kepada d6. Square d6 sangat lemah dan ia terletak pada center kawasan hitam kerana tidak dilindungi oleh mana-mana pawn, Lebih-lebih lagi tidak ada mana-mana minor pieces yang boleh menghalau Knight dari bertapak pada d6 tersebut pada masa inilah. Dark square bishop hitam nampaknya tersasar dari permainan pada masa ini. Hitam memerlukan sedikit masa untuk melidungi square tersebut.. Kalaupun Hitam membuat pertukaran dgn Knight pada square d6 tersebut advantage putih tetap terserlah

Game ini berlansung sepeerti beikut

1.Nb1 Qf8 2.Na3 Bd8 3.Nc4 Bc7 4.Nd6

Rb8 5.Rb1 Qd8 6.b4 axb4 7.Rxb4 Bxd6 8.exd6 Qa5 9.Rdb3 Re8 10.Qe2 Qa8 11.Re3 Kf7 12.Qc4 b5 13.Qc2 Rxd6 14.cxd6 c5+ 15.Kh3 cxb4 16.Qc7+ Kg8 17.d7 Rf8 18.Qd6 h6 19.Qxe6+ Kh7 20.Qe8 b3 21.Qxa8 Rxa8 22.axb5 Rd8 23.Rxb3 Rxd7 24.b6 1-0

Kalau kita perhatikan, keseluruhan permainan di atas adalah bertitiktolak atas kewujudan weaksquare pada d6

bersambung.......

Sunday, June 1, 2008

Positional Chess 9

Weak Pawn

“Pawn adalah jiwa chess”

“The pawn structure provides the clues to any possible future plan”

Apa itu weakpawn?

Weakpawn bolehlah ditakrifkan sebagai pawn yang tidak disokong oleh pawn yang lain

Bagaimana pula dengan pawn yang disokong oleh pieces? Berdasarkan takrif di atas pawn yang disokong oleh mana-mana pieces pun adalah dianggap lemah

Dalam permainan chess pawn yang lemah ini akan menjadi sasaran serangan pieces. Oleh itu ia akan menjadi focus keseluruhan permainan tersebut.



Berdasarkan gambarajah di atas. Pawn Putih pada c2 dan c3 adalah doubled pawn, pawn putih pada a5 dan pawn hitam pada h4 adalah isolated pawn, pawn putih pada g2 dan pawn hitam pada b7 adalah backward pawn. Pawn pada e5 dan f5 pula adalah hanging pawn. Kesemua pawn yang saya sebutkan tadi adalah lemah kerana perlu dipertahankan oleh pieces apabila diserang.

Lihat pula diagram dibawah


Berdasarkan pawn struktur di atas pawn pada e6 hitam adalah lemah manakala putih pawn pada c3 adalah lemah. Pada pawn yang berantai seperti di atas base pawnnya pula adalah yang lemah

Walaubagaimanapun keadaan tidak akan membahayakan sekiranya pawn-pawn tersebut tidak dapat didekati oleh mana-mana pieces lawan

Sebagai seorang pemain positional semua kumpulan weakpawn (pawn lemah) diatas mestilah diambil kira dalam membuat perancangn atau serangn.