Tuesday, May 13, 2008

Positional Chess 5

Sebelum saya membincangkan assessmen seterusnya saya nak beri sedikit tips: Pawn structure akan memberikan hint atau clue untuk keseluruhan perancangan(planning) kita. Olehitu fahamilah pawn structure (tip 1)




Mari kita asses position ini. Position ini adalah permainan sebenar saya di internet
Faktor yang perlu diambilkira oleh Putih
  1. Hitam ketinggalan dalam development. Castlenya masih belum bertemu dan Bishop masih terkial2 mencari jalan keluar
  2. Knightnya sangat aktif dan Bishopnya adalah bad bishop berdasarkan pawn structure dimana pawn structurenya terletak sama dengan warna bishop iaitu di petak putih
  3. Pawn pada d6 tidak ada defender
  4. File b telah terbuka dan akan digunakan oleh putih dalam operasi menyerangnya

Faktor pada buah putih pula:

  1. Ia mempunyai a3 yg isolated , hanging pawn pada c3 dan f4 dan backward pawn pada d3. Walaubagaimanapun ini tidak menjadi masalah sebab pawn ini tidak dapat diserang oleh pieces hitam dan dapat dijaga dgn mudah oleh putih.
  2. Tidak ada open file dipihak hitam yang boleh menggugat putih.
Permainan berlangsung seperti berikut 14.Nb5 Nc5 15.Bxc5 dxc5 lihat diagram dibawah


Hitam sebenarnya telah melakukan positional mistake dengan menukarkan Knight nya yang aktif dan meninggalkan Bishopnya yang pasif (bad Bishop) Putih bercadang untuk outpost Knight nya di d6 dengan menolak e5. Lebih lebih lagi Bad bishop hitam tidak akan dapat menghalau Knight putih.. Kalau Queen hitam mengambi d3 , ia akan tetap akan bermasalah dalam development dan Queen nya akan diserang oleh putih.

16.e5 Qb6 17.Qc4 Bd7 18.a4 Bc6 19.Nd6

Sekarang rancangan Putih telah sedikit terlaksana. Knigtnya pada d6 akan menjadi beban kepada hitam

19....Bd5 20.Qb5 Qc6 21.Qxc6 Bxc6 22.c4 Rad8 23.a5....

a5 bertujuan untuk memastikan b7 berada di petak putih supaya putih dapat memberi tekan kepada pawn hitam (b7) tersebut

23.... a6 24.Rab1 Rd7 25.Rb6 f6 26.h3 Rfd8 27.Rfb1 fxe5 28.fxe5 Rf8 29.R1b3. 1-0

Hitam resign sebab tiada peluang untuk menang dan kesuntukan masa.



No comments: