Monday, May 12, 2008

Positional Chess 4

Secara praktiknya kita akan berhadapan dengan position yang seakan-akan sama dan sukar untuk menentukan siapa yang lebih advantage . Setiap pemain mempunyai kelebihan pada satu bahagian tetapi ada kelemahan pada bahagian yang lain. Terdapat sedikit pertentangan siapa yg lebih superior. Jadi tugas seorang positional player ialah mengumpulkan sekecil-kecil advantage dan menukarkannya kepada advantage yg besar, menukarkan temporary advantage kepada permanent advantage dan seterusnya.

Disini saya ingin mengajak peminat semua supaya membiasakan diri dengan analisis position, membuat assessment dan mencari perancangan yg betul berdasarkan kehendak position.. Lama-kelamaan ia akan menjadi satu habit. Bila ia telah menjadi satu habit peminat-peminat semua akan akan merasai peningkatan dalam permainan .

Jangan buang masa mari kita asses position berikut




Euwe-Keres Candidates Tournament 1953

Bronstein menulis d6 menjadi focus utama kepada hitam

Analisanya adalah:-

Faktor yang perlu diambil kira oleh putih ialah:-

  1. Pawn pada c5 tak dijaga( tiada defence/ hannging pawn)
    Pertahanan King hitam yang longgar disebabkan pawn yg telah bergerak f6 nya boleh di dikuasai oleh pieces putih, dan kemungkinan mengawal diagnal a1-h8 yang telh terbuka
  2. Kemungkinan d6 untuk maju ke d7 (pawn promotion)
  3. Mengawal c7 dan e7 dan seterusnya kemungkinan mengawali e file.
Faktor yang perlu diambil kira oleh hitam pula ialah:
  1. Peluang mengerumuni d6 dari 3 arah iaitu Queen, Rook dan Knight (Ne8)
  2. Serangan yg dipanggil majority attack di sebelah Queen Side
  3. Dan keupayaan Nf6 pergi ke h5 untuk menghalau Queen dari kedudukannya yang kuat itu.
Dengan membandingkan dan menimbangkan peluang-peluang yang ada dalam kedua-dua belah buah putih hitam , Seseorang master akan mecapai satu kesimpulan di panggil assessment of position. Agak-nya apakah gerakan seterusnya ya ? Pikir-pikirlah sendiri

Oleh itu objektif kita hari ini ialah membiasakan diri dengan analisa position , asses position dan seterusnya menjadikan ia satu habit.

Bagaimana kita tahu ia bukan habit? Senang saja ! cuba kita lihat bila kita kena pressure oleh lawan kita. Apa kita buat?. Kita terlupa nak analisa position tersebut, panik padahal selepas permainan baru kita sedar sebenarnya kita ada peluang menang

Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit
:

No comments: