Wednesday, May 7, 2008

Positional Chess 2

Apa khabar semua rakyat Malaysia?. Hari ni saya nak sambung mengenai konsep positional chess . Secara asasnya ada enam factor positional chess yang perlu kita fahami. Sebenarnya factor tersebut banyak tetapi inilah yg lebih utama. Faktor-faktor tersebut ialah:

1. King Safety (Keselamatan raja)

2. Material (Manpower/bahan/kekuatan yg kita ada)

3. Time (Masa/tempo dan bukan merujuk kepada Jam)

4. Mobility (Sejauh mana aktif pieces kita)

5. Space ( Merujuk kepada space yg di bentuk oleh Pawn)

6. Pawn Structure (Susunan Pawn)

Keenam-enam factor di atas telah disusun mengikut keutamaannya. Dan ia hendaklah digunakan didalam setiap fasa permainan kita. Maksud saya Fasa Opening, fasa middle game dan Fasa Ending,. Walaubagaimanapun saya akan sentuh bagaiman factor di atas digunakan dalam permainan kita kemudian nanti.

Hari ini saya akan memperkenalkan satu doktrin atau undang-undang yang diperkenalkan oleh Steinitz, pelopor chess study moden.

Beliau memperkenalkan 6 jenis undang-undang (doktrin) dalam permainan chess iaitu:

1. In chess only the attacker win

2. The right to attack is enjoyed by that player who has the better position

3. The side with the advantage(better position) has not only the right but also the duty to attack otherwise he runs the risk of losing his advantage

4. The defender must be prepared to defend and to make concession

5. The means of attack in chess are twofold , combinative and strategical

6. The attack must be directed to the opponents weakest spot

Mulai hari ini kita panggil undang2 ini STEINITZ DOKTRIN.

Doktrin pertama bermaksud:

Dalam chess hanya penyerang yg menang. Kalau kita nak menang kita mestilah berada dalam position menyerang. Tapi kena ingat kalau position kita sebenarnya dalam keadaan bertahan tapi kita cuba menyerang kita pasti akan menempah maut oleh pemain yg lebih berpengalaman.

Doktrin Kedua

Serangan hanya betul / dinikmati oleh pemain yang mempunyai position yang lebih baik (ada advantage)

Doktrin Ke tiga:

Pemain yg mempunyai advantage bukan sahaja betul untuk menyerang tetapi juga patut/ ada tugas untuk menyerang , kalau tidak dia akan kehilangan advantage tersebut. Kalau kita hilang advantage kita akan terpaksa bertahan. Oleh itu dalam perlawanan yg adil kita pasti akan kalah

Dokrin Ke Empat

Pemain yg berada dalam position yg bertahan hendaklah bersedia bertahan dan membuat langkah-langkah bertahan. Andainya langkah kita adalah langkah menyerang bersedialah untuk kalah

Doktrin Ke Lima

Menyerang dalam chess membawa dua makna iaitu menyerang secara strategy atau menyerang secara kombinasi. Bergantung kepada position , kadang2 kita kena menyerang secara taktik ( pin, folk, skewer dll) . Kadang-kadang kita hanya perlu exchange(pertukaran buah) untuk mendapatkan position yang baik (sebagai contoh) . Ini adalah strategy.

Doktrin ke Enam

Serangan hendaklah di arahkan ters kepada titik paling lemah lawan kita. Untuk mengenalpasti titik lemah inilah kita perlu memhami positional chess

No comments: