Monday, May 5, 2008

Positional Chess 1

Apa khabar semua peminat-peminat catur di Malaysia. Semasa saya mula terlibat dalam permainan chess saya akan selalu sampai kepada satu fasa – ‘Tak tahu nak buat apa’, tak tahu nak serang apa’ . Position nampak equal sahaja. Dalam hati hanya berharap lawan saya akan buat kesilapan. So untuk mencari penyelesaian masalah ini, saya mencari buku yang sesuai di kedai-kedai. Dalam pencarian tersebut terjumpalah saya dengan sebuah buku bertajuk POSITIONAL CHESS (new edition) by Shaun Taulbut. Apa yang menarik hati saya beliau mendakwa Positional Chess digunakan oleh semua master dan Grand master

Dalam buku tersebut diceritakan bagaimana pawn kuat dan pawn lemah, petak kuat dan petak lemah, good knight and good bishop, pentingnya open files dan open diagnal dan sebagainya. Buku ini saya dapati tidak terdapat di pasaran Malaysia sekarang. Even pameran/jualan buku oleh brother2 semasa pertandingan chess berlangsung pun saya tak nampak. . Namun begitu saya masih tidak berpuashati lagi sebab buku tersebut agak ringkas. Kemudian saya terjumpa dengan buku Play Like Grandmaster by Alexander Kotov. Buku ini lebih terperinci dan diterangkan bagaimana seseorang Grandmaster merancang permainan mereka dan bagaimana untuk menilai setiap positian yang datang kepada kita . Buku ini saya jumpa dalam simpanan kawan saya. Buku ini pun dah agak lusuh itu pun salinan aje. Dia sendiri tak pernah bacapun. Buku ini juga saya tak nampak dalam pasaran di Malaysia. Buku ini lebih mantap dan patut menjadi rujukan peminat-peminat catur yang ingin memperbaiki permainan mereka.

Saya explore diinternet untuk mencari makna POSITIONAL ini. Pada saya perkataan ini merupakan perkataan 'ajaib' ; So dsini saya turunkan hasil penemuan saya untuk dikongsi bersama:

a.
The origin of positional chess as a study dates only as far back as Wilhelm Steinitz, the first official World Champion of chess. Some earlier players clearly understood some of these ideas, but it was Steinitz who began to name the concepts and develop the theory.

b.
Steinitz called positional chess "scientific chess",

c.
In short, positional play encompasses strategic ideas in chess. It involves seeing the board as a whole as well as the placement and interrelation of pieces.

d.
Positional play can bring excellent positions. It can be used to put the opponent under enormous pressure, reduce their counterplay, and generally put the opponent on the racks!

e.
Plan = strategy = positional play

Di sini saya ingin melahirkan pendapat peribadi tentang style permainan pemain kita di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan pemain Malaysia adalah tactical player. So cara training di Malaysia pun kebanyakan adalah cara tactical. Ini disahkan oleh salah seorang terkenal dibidang catur di Malaysia semasa ceramah chessnya beberapa tahun yang lepas. Saya bukan bermaksud trainer kita tidak mengajar langsung positional konsep, TETAPI cara pengajaran yang kita amalkan di Malaysia tidak menekankan positional konsep ini. Dalam bahasa lain nya ialah bukan Positional base. Seandainya pemain di malaysia diajar secara positional base dari kecil lagi, saya percaya akan ada rakyat Malaysia yang akan menjadi Grandmaster.

6/5/2008.

No comments: