Wednesday, June 18, 2008

Positional Chess 10 (sambungan)

Pada minggu yang lepas saya ada menerangkan tentang square yang dikira lemah walaupun ia dikawal oleh pawn tetapi ia disebabkan oleh kelemahan yang teruk dalam position. Mari kita lihat contoh dibawah


Square pada f3 putih sangat lemah walau ia dikawal oleh pawn g2 dan Knight putihpada d4 . Knight hitam pada g5 bila-bila masa akan melakukan sacrifice dan memenangi Queen putih. Queen putih pada h4 tidak dikawal, tidak akan dapat menafikan hakikat bahawa square f3 sangat lemah. putihmenyedari hakikat ini dan cuba mebawa Bishopnya pada e2 untuk mengawal f3 yang lemah ini tetapi sudah terlambat.

23.Be2 Rxe2 24.Nxe2 Nf3+ 25.gxf3 Qxh4 0-1

Sekian. Di posting yang akan datang saya akan menerangkan jenis-jenis center yang terdapat dalam permainan kita. Dengan memahami center-center ini kita akan dapat menentukan strategy yang sesuai untuk menyerang lawan kita.......... bye.

Sunday, June 8, 2008

Positional Chess 10

Weak Square


Weak Square bolehlah didefinisikan sebagai square yang tidak dilindungi/disokong oleh mana-mana pawn. Namun begitu dalam parktik yang sebenar weak square ini mempunyai makna yang lebih luas: Sesuatu square itu boleh dianggap lemah walaupun ia dilindungi/disokong oleh pawn , sekiranya berlaku kelemahan yang teruk dalam position ( saya akan huraikan maksud tersebut dengan lebih dalam)

Contoh dibawah saya petik dari buku Play Like Grandmaster.



Sekali pandang bila kita asses position di atas perhatian kita akan tertumpu kepada d6. Square d6 sangat lemah dan ia terletak pada center kawasan hitam kerana tidak dilindungi oleh mana-mana pawn, Lebih-lebih lagi tidak ada mana-mana minor pieces yang boleh menghalau Knight dari bertapak pada d6 tersebut pada masa inilah. Dark square bishop hitam nampaknya tersasar dari permainan pada masa ini. Hitam memerlukan sedikit masa untuk melidungi square tersebut.. Kalaupun Hitam membuat pertukaran dgn Knight pada square d6 tersebut advantage putih tetap terserlah

Game ini berlansung sepeerti beikut

1.Nb1 Qf8 2.Na3 Bd8 3.Nc4 Bc7 4.Nd6

Rb8 5.Rb1 Qd8 6.b4 axb4 7.Rxb4 Bxd6 8.exd6 Qa5 9.Rdb3 Re8 10.Qe2 Qa8 11.Re3 Kf7 12.Qc4 b5 13.Qc2 Rxd6 14.cxd6 c5+ 15.Kh3 cxb4 16.Qc7+ Kg8 17.d7 Rf8 18.Qd6 h6 19.Qxe6+ Kh7 20.Qe8 b3 21.Qxa8 Rxa8 22.axb5 Rd8 23.Rxb3 Rxd7 24.b6 1-0

Kalau kita perhatikan, keseluruhan permainan di atas adalah bertitiktolak atas kewujudan weaksquare pada d6

bersambung.......

Sunday, June 1, 2008

Positional Chess 9

Weak Pawn

“Pawn adalah jiwa chess”

“The pawn structure provides the clues to any possible future plan”

Apa itu weakpawn?

Weakpawn bolehlah ditakrifkan sebagai pawn yang tidak disokong oleh pawn yang lain

Bagaimana pula dengan pawn yang disokong oleh pieces? Berdasarkan takrif di atas pawn yang disokong oleh mana-mana pieces pun adalah dianggap lemah

Dalam permainan chess pawn yang lemah ini akan menjadi sasaran serangan pieces. Oleh itu ia akan menjadi focus keseluruhan permainan tersebut.



Berdasarkan gambarajah di atas. Pawn Putih pada c2 dan c3 adalah doubled pawn, pawn putih pada a5 dan pawn hitam pada h4 adalah isolated pawn, pawn putih pada g2 dan pawn hitam pada b7 adalah backward pawn. Pawn pada e5 dan f5 pula adalah hanging pawn. Kesemua pawn yang saya sebutkan tadi adalah lemah kerana perlu dipertahankan oleh pieces apabila diserang.

Lihat pula diagram dibawah


Berdasarkan pawn struktur di atas pawn pada e6 hitam adalah lemah manakala putih pawn pada c3 adalah lemah. Pada pawn yang berantai seperti di atas base pawnnya pula adalah yang lemah

Walaubagaimanapun keadaan tidak akan membahayakan sekiranya pawn-pawn tersebut tidak dapat didekati oleh mana-mana pieces lawan

Sebagai seorang pemain positional semua kumpulan weakpawn (pawn lemah) diatas mestilah diambil kira dalam membuat perancangn atau serangn.


Thursday, May 29, 2008

Positional chess 8

Selamat sejahtera peminat2 chess semua. Dah lama saya tak ucap selamat ni.

Ada diantara kawan kita yang bertanya perbezaan menyerang secara strategy dan menyerang secara combinasi. Ini adalah berkaitan Steinitz rules yang ke enam.

“The means of attack in chess are twofold , combinative and strategical”

Cara menyerang dalam chess ni ada dua iaitu secara combinasi dan secara strategy

Mula-mula mari kita fahami apa itu kombinasi. Kombinasi dalam chess ini adalah merupakan gabungan dua taktik atau lebih

Taktik ialah: immediate forcing move atau gerakan memaksa yang hasilnya dapat dilihat dalam masa terdekat dan memerlukan tindakbalas segera dari lawan kita

Forcing move adalah seperti: capture, check dan promoting dan termasuk lah ancaman untuk check, ancaman untuk capture dan ancaman untuk primoting.

Contohnya seperti, Pinning, Forks, skewer,discover attack, discover check, removing defender, overloading, decoying dan deflection

Mari kita lihat makna strategi . Strategi bolehlah diertikan sebagai long range idea.untuk mencapai sesuatu matlamat/keputusan. Cuba kita fahami makna perkataan idea disini. Ia cumalah satu idea. Tidak ada tindakbalas segera daripada lawan kita. Ini termasuklah

  1. Control open file
  2. Control space
  3. Attacks center
  4. Attack wing.
  5. Blockade
  6. Put pressure dan lain-lain

Cuba kita renung bait-bait berikut.

When it comes to chess players though, the words 'strategy' or 'strategies' invoke different meanings. Players think of strategy as being the opposite of tactics. While tactics involve combinations and sacrifices, so-called "fireworks", strategic play is much calmer and involves long term positional planning aimed at achieving overall superiority.

Internet

“Tactis is what you do when you know what to do and strategy is what you do when you don’t”

Seighbert Tarrasch

“First restrain, next blocked, last destroy”

Aron Nimzowich

So bagaimana kita nak menyerang?. Ia bergantung kepada position yang kita hadapi. Kadang2 kita lebih banyak menggunakan strategy, kadang kita lebih banyak menggunakn taktik atau kombinasi.

Jumpa lagi!

Sunday, May 25, 2008

Positional Chess 7

Hari ini mari kita lihat bagaimana Bobby Fischer seorang lagenda catur dunia menggunakan positional konsep/ factor dalam permainannya. Bagaimana beliau menggunakan bala tenteranya secara bersepadu. Bagaimana beliau develope tentera2nya dengan cepat dan menjimatkan masa (time/tempo).

Fischer Vs Petrossian Buenos Aires 1971

1.e4 c5 2.Nf3 e6 3.d4 cxd4 4.Nxd4 a6


Cuba lihat diagram diatas Putih menggunakan kelebihan nya sebagai pemain yg memulakan gerakan dahulu dengan pawn e4 menyerang petak d5 dan f5 hitam, Nd4 menyerang b5, c6, e6 dan f5. Queennya menyerang petak h5 . Light bishopnya menyerang b5 dan a6 . Dark bishop nya menyerang petak g5 dan h6. Kalau peminat 2 semua perasan segala petak yang saya sebutkan tadi adalah dalam daerah atau kekuasaan hitam. Hanya satu bishop sahaja yg perlu dikeluarkan oleh putih bagi membolehkanya castling dan memulakan serangan keatas tentera hitam.

Bila kita bandingkan hitam pula, Hanya 3 petak putih yang berjaya diserang oleh hitam buat masa ini, iaitu pada b4 dan a3 oleh bishop.. h4 oleh Queen. Dapat lah disimpulkan bahawa putih terkehadapan dalam development dan Putih mempunyai advantage pada masa ini.

5.Bd3 Nc6 6.Nxc6 bxc6



Hitam mempunyai kelemahan pada a6 (isolated pawan) tetapi pawn centernya sangat kuat. Center pawn ini perlu dibimbangi oleh putih pada fasa ending nanti. Olehitu putih akan cuba memecahkan pawn struktur hitam ini.

7.0–0 d5 8.c4 Nf6 9.cxd5 cxd5 10.exd5 exd5


Dengan kebijaksanaan putih berjaya memecahkan pawn stuktur hitam kepada a6 dan d5. Kedua-dua pawn ini akan menjadi sasaran putih dalam permainan ini. Ia juga meberi clue atau idea kepada putih untuk membuat perancangan secara keseluruhannya .

Dari sini putih terus mengeluarkan piecesnya dengan secepat mungkin sehingga kedua-dua rooknya boleh bertemu.

11.Nc3 Be7


Menyedari hitam sedang berusaha untuk castling putih akan cuba menghalangnya sedapat yang boleh dengan ...

12.Qa4+ Qd7 13.Re1

Qa4+ dan Re1 adalah merupakan tindakan bijak putih bagi menghalang hitam dari castling sambil membawa lebih banyak tenteranya kedalam pertempuran. Ini sangatlah membebankan hitam. Hitam terpaksa mengikut rentak putih. Putih pula memimpin seluruh permainan ini



13..Qxa4 14.Nxa4 Be6 15.Be3 0–0

Selepas gerakan ke 15 baharulah hitam boleh castling. Mari kita asses position di atas.

Putih menyedari disebelah Queenside putih mempunyai kelebihan pawn majority, hitam mepunyai bad bishop . Hitam juga mempunyai dark square bishop yang aktif. Dark square bishop hitam ini perlulah dibunuh oleh putih untuk menambahkan cengkamannya pada hitam dan menambah parahkan position hitam yg sedia lemah ini.

16. Bc5 Rfe8 17.Bxe7 Rxe7




Sekarang bishop yag aktif telah dimatikan. Maka putih merancang untuk menyerang a6 yang lemah itu dengan menggerakan b4. Selain untuk menetapkan pawn hitam pada a6 dan sekali gus menyediakan tapak untuk Outpost Knightnya

18.b4 Kf8 19.Nc5


19...Bc8 20.f3 Rea7 21.Re5


Dengan Re5 pawn lermah yang kedua hitam pula menjadi sasaran putih. Kelam kabut hitam terpaksa menampung kelemahan2 yang ada dalam position beliau. Hitam pasti tak akan bertahan lama

21...Bd7

Menyedari kesilapan nya mempertahan kan a6 dari Bc8 yang membataskan tugas Rook yang sepatutnya mengawal file c atau file e, Hitam berniat untuk melatakkan Bishop pada b5. Adakah putih akan mebiarkan ini




22. Nxd7+

Putih menukarkan good knihtnya dengan bad bishop hitam kerana sungguhpun ia bad bishop tapi dia lah satu-satunya defender terbaik untuk a6 dan d5 Hitam.

Sebagai pulangan Putih dapat mengawal C file menandakan saat2 pertahanan Hitam akan runtuh

Rxd7 23.Rc1 Rd6 24.Rc7



24...Nd7 25.Re2 g6 26.Kf2 h5 27.f4 h4

Gerakan h4 hitam adalah gerakan membunuh diri kerarana ia boleh diserang oleh King putih dengan h3-g4. dan ini telah memaksa Hitam untuk melemahkan pertahanan kingnya dengan f5

dan d4 dan seterusnya menyebabkan kekalahan Hitam.


30.Kd2 Nf6 31.Ree7 Nd5 32.Rf7+ Ke8 33.Rb7 Nxb4 34.Bc4 1–0



Wednesday, May 14, 2008

Positional Chess 6

Hari ini saya ingin menghuraikan bagaimana positional factor dan table of elemen tersebut saya gunakan dari peringkat opening hinggalah endgame. Game ini adalah permainan saya sendiri dalam internet . Philidor Defence saya bermain putih dengan gelaran penakluk(1462) dan lawan saya phila07 (1661)

1.e4 e5 2.Nf3 d6 3.Bc4 Be74.d4...

d4 bertujuan untuk mengurangkan space control oleh hitam dan memberikan Knight putih lebih mobility. Selepas pertukaran position saya menjadi seperti berikut

Cuba perhatikan saya control c5,d5,f5 dan h5. Sedangkan hitam control hanya h4 pada masa ini. Dalam chess kalau kita tidak serang buah lawan kita mesti serang petak lawan.

4. ....exd4 5.Nxd4 Nf6 6.Nc3 0–0 7.0–0 c5 8.Nf5 ...

Nf5 bertujuan untuk mengacah hitam supaya mengerakan g7-g6 agar pertahanan King Hitam sedikit lemah. Andai kata hitam mengambil Knight Putih 8…Bxf5 9. exf5. putih akan mendapat advantage dari segi space.Kemudian putih akan support pawn pada f5 dengan Bd3.

8. ... Nc6 9.Bf4

Bf4 bertujuan memberi tekanan kepada d6 Andaikata Knight pada f5 tidak dibunuh hitam akan kehilangan pawn d6 nya seperti 10. Nxe7 Qxe7 11. Bxd6





11. ..Bxf5 10.exf5 a6 11.Nd5..






Putih merancang untuk menukarkan Knight hitam dan seterusnya control petak d5 yang telah sedia lemah apabila hitam menukar light bishopnya.

11. ..Ne5 ?

Dengan gerakan Ne5 hitam telah melakukan positional mistake dan menjadikan positionnya parah. Putih merancang melakukan pertukaran dan hanya meninggalkan bad bishop untuk hitam

12.Nxf6+ Bxf6 13.Bxe5 Bxe5

Sekarang petak putih hitam sangat lemah


14.Bd5 ..

Pawn hitam pada d6 tidak boleh mara kehadapan dan Bishop putih menyerang b7. Bishop hitam tidak boleh mengambil b2 sebab 14. ..Bxb3 15,Rab1 Be5. 16 Rxb7 dan putih akan control rank yang ketujuh

14. ..Rb8 15.c3 b5 16.f4




Hitam semakin terhimpit dan putih meningkatkan control spacenya

16. ..Bf6 17.Qg4 Qc7 18.Rfe1 Rfe8 19.Re2 Rxe2 20.Qxe2 Qd7 21.Re1


Hitam tidak boleh ambil f5 kerana back rank mate 21..Qxf5 25Qe8+ Rxe8 26 Re8++

h6 22.Qh5 Re8 23.Rxe8+ Qxe8 24.Kf2 a5 25.g4 b4

Putih mula menyerang dengan pawnnya dan menuju ke penghujung

26.g5 hxg5 27.fxg5 Be5 28.g6


28. ..Kf8 29.gxf7 Qd8 30.Qh8+ Ke7 31.Qxd8+ Kxd8 32.f8Q+ Kc7 33.Qe7+ Kb6 34.Qb7# 1–0


Tuesday, May 13, 2008

Positional Chess 5

Sebelum saya membincangkan assessmen seterusnya saya nak beri sedikit tips: Pawn structure akan memberikan hint atau clue untuk keseluruhan perancangan(planning) kita. Olehitu fahamilah pawn structure (tip 1)




Mari kita asses position ini. Position ini adalah permainan sebenar saya di internet
Faktor yang perlu diambilkira oleh Putih
  1. Hitam ketinggalan dalam development. Castlenya masih belum bertemu dan Bishop masih terkial2 mencari jalan keluar
  2. Knightnya sangat aktif dan Bishopnya adalah bad bishop berdasarkan pawn structure dimana pawn structurenya terletak sama dengan warna bishop iaitu di petak putih
  3. Pawn pada d6 tidak ada defender
  4. File b telah terbuka dan akan digunakan oleh putih dalam operasi menyerangnya

Faktor pada buah putih pula:

  1. Ia mempunyai a3 yg isolated , hanging pawn pada c3 dan f4 dan backward pawn pada d3. Walaubagaimanapun ini tidak menjadi masalah sebab pawn ini tidak dapat diserang oleh pieces hitam dan dapat dijaga dgn mudah oleh putih.
  2. Tidak ada open file dipihak hitam yang boleh menggugat putih.
Permainan berlangsung seperti berikut 14.Nb5 Nc5 15.Bxc5 dxc5 lihat diagram dibawah


Hitam sebenarnya telah melakukan positional mistake dengan menukarkan Knight nya yang aktif dan meninggalkan Bishopnya yang pasif (bad Bishop) Putih bercadang untuk outpost Knight nya di d6 dengan menolak e5. Lebih lebih lagi Bad bishop hitam tidak akan dapat menghalau Knight putih.. Kalau Queen hitam mengambi d3 , ia akan tetap akan bermasalah dalam development dan Queen nya akan diserang oleh putih.

16.e5 Qb6 17.Qc4 Bd7 18.a4 Bc6 19.Nd6

Sekarang rancangan Putih telah sedikit terlaksana. Knigtnya pada d6 akan menjadi beban kepada hitam

19....Bd5 20.Qb5 Qc6 21.Qxc6 Bxc6 22.c4 Rad8 23.a5....

a5 bertujuan untuk memastikan b7 berada di petak putih supaya putih dapat memberi tekan kepada pawn hitam (b7) tersebut

23.... a6 24.Rab1 Rd7 25.Rb6 f6 26.h3 Rfd8 27.Rfb1 fxe5 28.fxe5 Rf8 29.R1b3. 1-0

Hitam resign sebab tiada peluang untuk menang dan kesuntukan masa.



Monday, May 12, 2008

Positional Chess 4

Secara praktiknya kita akan berhadapan dengan position yang seakan-akan sama dan sukar untuk menentukan siapa yang lebih advantage . Setiap pemain mempunyai kelebihan pada satu bahagian tetapi ada kelemahan pada bahagian yang lain. Terdapat sedikit pertentangan siapa yg lebih superior. Jadi tugas seorang positional player ialah mengumpulkan sekecil-kecil advantage dan menukarkannya kepada advantage yg besar, menukarkan temporary advantage kepada permanent advantage dan seterusnya.

Disini saya ingin mengajak peminat semua supaya membiasakan diri dengan analisis position, membuat assessment dan mencari perancangan yg betul berdasarkan kehendak position.. Lama-kelamaan ia akan menjadi satu habit. Bila ia telah menjadi satu habit peminat-peminat semua akan akan merasai peningkatan dalam permainan .

Jangan buang masa mari kita asses position berikut




Euwe-Keres Candidates Tournament 1953

Bronstein menulis d6 menjadi focus utama kepada hitam

Analisanya adalah:-

Faktor yang perlu diambil kira oleh putih ialah:-

  1. Pawn pada c5 tak dijaga( tiada defence/ hannging pawn)
    Pertahanan King hitam yang longgar disebabkan pawn yg telah bergerak f6 nya boleh di dikuasai oleh pieces putih, dan kemungkinan mengawal diagnal a1-h8 yang telh terbuka
  2. Kemungkinan d6 untuk maju ke d7 (pawn promotion)
  3. Mengawal c7 dan e7 dan seterusnya kemungkinan mengawali e file.
Faktor yang perlu diambil kira oleh hitam pula ialah:
  1. Peluang mengerumuni d6 dari 3 arah iaitu Queen, Rook dan Knight (Ne8)
  2. Serangan yg dipanggil majority attack di sebelah Queen Side
  3. Dan keupayaan Nf6 pergi ke h5 untuk menghalau Queen dari kedudukannya yang kuat itu.
Dengan membandingkan dan menimbangkan peluang-peluang yang ada dalam kedua-dua belah buah putih hitam , Seseorang master akan mecapai satu kesimpulan di panggil assessment of position. Agak-nya apakah gerakan seterusnya ya ? Pikir-pikirlah sendiri

Oleh itu objektif kita hari ini ialah membiasakan diri dengan analisa position , asses position dan seterusnya menjadikan ia satu habit.

Bagaimana kita tahu ia bukan habit? Senang saja ! cuba kita lihat bila kita kena pressure oleh lawan kita. Apa kita buat?. Kita terlupa nak analisa position tersebut, panik padahal selepas permainan baru kita sedar sebenarnya kita ada peluang menang

Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit! Habit
:

Thursday, May 8, 2008

Positional Chess 3

Selamat sejahtera rakyat Malaysia dan peminat2 catur semua. Dalam posting yang lepas saya telah menerangkan Steinitz Doktrin secara ringkas. Kalau kita fahami doktrin di atas, ia sangat menghendaki supaya setiap pemain mendapatkan advantage dalam position. Dalam kata lain setiap pemain mesti bermain secara positional play untuk mendapatkan superior position. Disini saya ingin menarik perhatian peminat-peminat semua supaya memahami apa itu advantage dalam position. Dengan ini kita dapat mengenalpasti samada position kita superior atau sebaliknya. Hanya dengan memahami andvantage atau disadvantage sesuatu position baru kita akan memahami setiap position yg kita hadapi. Datanglah sesusah mana pun position tersebut, dengan Assesment yang bersistematik kita akan dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan(weaknesses) yg ada dalam position kita. Jika terdapat kelemahan kita mestilah megambil langkah memperbaikinya dan jika terdapat kelebihan kita hendaklah menggunakanya untuk memberi tekanan kepada lawan kita. Untuk memahami setiap position di sini saya perturunkan table of element (dipetik dari buku play like grand master)

Table of elements Permanent advantage
1. Material advantage
2. Poor opponent king position
3 Passed pawn
4. Weak pawn (of Opponent)
5. Weak square(of opponent)
6. Weak colour complexes(of opponent ) 7. Fewer pawn islands
8. Strong pawn center -
9. The advantage of two bishop10. Control of a file
11. Control of a diagnal12. Control of a rank

Temporary Advantage
1. Poor of opponents piece
2. Lack of harmony in opponents placing-
3. Advantage in development
4. Piece pressure in the center
5. Advantage in space

Berdasarkan 17 element di atas telah disimpulkan/dirangkumkan menjadi 6 positional faktor yg pernah saya sebutkan pada posting saya yang pertama iatu: King Safety, Material, Time, Mobility , Space dan Pawn structure .

Dengan elemen ini kita akan asses sesuatu position. Bila kita telah familiar dengan element tersebut kita boleh buat General Assesmen. General assesmen disini bermaksud lebih kurang ; Dalam sekali pandang sesuatu position , kita akan tahu side mana yang advantage dan side mana yang disadvantage, Buah putih kena serang belah mana dan buah hitam kena serang belah mana. Lebih kuarang camtu lah

Saya tak mahu mengulas panjang setiap element di atas secara detail. Saya percaya peminat-peminat semua telah tahu , kalau tidak semua, sebahagian element tersebut.. Cuma kebanyakan kita kurang mahir mempraktikannya dalam permainan. Jika peminat-peminat semua sememangnya pemain yang kaya dengan tactical / combination , amatlah mudah untuk memahami apa yang nak saya sampaikan. Untuk posting yang akan datang saya akan terangkan bagaimana elemen2 tersebut dipraktikan dalam permainan . Dengan anggapan bahawa peminat telah mahir dalam tactical atau combination


Wednesday, May 7, 2008

Positional Chess 2

Apa khabar semua rakyat Malaysia?. Hari ni saya nak sambung mengenai konsep positional chess . Secara asasnya ada enam factor positional chess yang perlu kita fahami. Sebenarnya factor tersebut banyak tetapi inilah yg lebih utama. Faktor-faktor tersebut ialah:

1. King Safety (Keselamatan raja)

2. Material (Manpower/bahan/kekuatan yg kita ada)

3. Time (Masa/tempo dan bukan merujuk kepada Jam)

4. Mobility (Sejauh mana aktif pieces kita)

5. Space ( Merujuk kepada space yg di bentuk oleh Pawn)

6. Pawn Structure (Susunan Pawn)

Keenam-enam factor di atas telah disusun mengikut keutamaannya. Dan ia hendaklah digunakan didalam setiap fasa permainan kita. Maksud saya Fasa Opening, fasa middle game dan Fasa Ending,. Walaubagaimanapun saya akan sentuh bagaiman factor di atas digunakan dalam permainan kita kemudian nanti.

Hari ini saya akan memperkenalkan satu doktrin atau undang-undang yang diperkenalkan oleh Steinitz, pelopor chess study moden.

Beliau memperkenalkan 6 jenis undang-undang (doktrin) dalam permainan chess iaitu:

1. In chess only the attacker win

2. The right to attack is enjoyed by that player who has the better position

3. The side with the advantage(better position) has not only the right but also the duty to attack otherwise he runs the risk of losing his advantage

4. The defender must be prepared to defend and to make concession

5. The means of attack in chess are twofold , combinative and strategical

6. The attack must be directed to the opponents weakest spot

Mulai hari ini kita panggil undang2 ini STEINITZ DOKTRIN.

Doktrin pertama bermaksud:

Dalam chess hanya penyerang yg menang. Kalau kita nak menang kita mestilah berada dalam position menyerang. Tapi kena ingat kalau position kita sebenarnya dalam keadaan bertahan tapi kita cuba menyerang kita pasti akan menempah maut oleh pemain yg lebih berpengalaman.

Doktrin Kedua

Serangan hanya betul / dinikmati oleh pemain yang mempunyai position yang lebih baik (ada advantage)

Doktrin Ke tiga:

Pemain yg mempunyai advantage bukan sahaja betul untuk menyerang tetapi juga patut/ ada tugas untuk menyerang , kalau tidak dia akan kehilangan advantage tersebut. Kalau kita hilang advantage kita akan terpaksa bertahan. Oleh itu dalam perlawanan yg adil kita pasti akan kalah

Dokrin Ke Empat

Pemain yg berada dalam position yg bertahan hendaklah bersedia bertahan dan membuat langkah-langkah bertahan. Andainya langkah kita adalah langkah menyerang bersedialah untuk kalah

Doktrin Ke Lima

Menyerang dalam chess membawa dua makna iaitu menyerang secara strategy atau menyerang secara kombinasi. Bergantung kepada position , kadang2 kita kena menyerang secara taktik ( pin, folk, skewer dll) . Kadang-kadang kita hanya perlu exchange(pertukaran buah) untuk mendapatkan position yang baik (sebagai contoh) . Ini adalah strategy.

Doktrin ke Enam

Serangan hendaklah di arahkan ters kepada titik paling lemah lawan kita. Untuk mengenalpasti titik lemah inilah kita perlu memhami positional chess

Monday, May 5, 2008

Positional Chess 1

Apa khabar semua peminat-peminat catur di Malaysia. Semasa saya mula terlibat dalam permainan chess saya akan selalu sampai kepada satu fasa – ‘Tak tahu nak buat apa’, tak tahu nak serang apa’ . Position nampak equal sahaja. Dalam hati hanya berharap lawan saya akan buat kesilapan. So untuk mencari penyelesaian masalah ini, saya mencari buku yang sesuai di kedai-kedai. Dalam pencarian tersebut terjumpalah saya dengan sebuah buku bertajuk POSITIONAL CHESS (new edition) by Shaun Taulbut. Apa yang menarik hati saya beliau mendakwa Positional Chess digunakan oleh semua master dan Grand master

Dalam buku tersebut diceritakan bagaimana pawn kuat dan pawn lemah, petak kuat dan petak lemah, good knight and good bishop, pentingnya open files dan open diagnal dan sebagainya. Buku ini saya dapati tidak terdapat di pasaran Malaysia sekarang. Even pameran/jualan buku oleh brother2 semasa pertandingan chess berlangsung pun saya tak nampak. . Namun begitu saya masih tidak berpuashati lagi sebab buku tersebut agak ringkas. Kemudian saya terjumpa dengan buku Play Like Grandmaster by Alexander Kotov. Buku ini lebih terperinci dan diterangkan bagaimana seseorang Grandmaster merancang permainan mereka dan bagaimana untuk menilai setiap positian yang datang kepada kita . Buku ini saya jumpa dalam simpanan kawan saya. Buku ini pun dah agak lusuh itu pun salinan aje. Dia sendiri tak pernah bacapun. Buku ini juga saya tak nampak dalam pasaran di Malaysia. Buku ini lebih mantap dan patut menjadi rujukan peminat-peminat catur yang ingin memperbaiki permainan mereka.

Saya explore diinternet untuk mencari makna POSITIONAL ini. Pada saya perkataan ini merupakan perkataan 'ajaib' ; So dsini saya turunkan hasil penemuan saya untuk dikongsi bersama:

a.
The origin of positional chess as a study dates only as far back as Wilhelm Steinitz, the first official World Champion of chess. Some earlier players clearly understood some of these ideas, but it was Steinitz who began to name the concepts and develop the theory.

b.
Steinitz called positional chess "scientific chess",

c.
In short, positional play encompasses strategic ideas in chess. It involves seeing the board as a whole as well as the placement and interrelation of pieces.

d.
Positional play can bring excellent positions. It can be used to put the opponent under enormous pressure, reduce their counterplay, and generally put the opponent on the racks!

e.
Plan = strategy = positional play

Di sini saya ingin melahirkan pendapat peribadi tentang style permainan pemain kita di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan pemain Malaysia adalah tactical player. So cara training di Malaysia pun kebanyakan adalah cara tactical. Ini disahkan oleh salah seorang terkenal dibidang catur di Malaysia semasa ceramah chessnya beberapa tahun yang lepas. Saya bukan bermaksud trainer kita tidak mengajar langsung positional konsep, TETAPI cara pengajaran yang kita amalkan di Malaysia tidak menekankan positional konsep ini. Dalam bahasa lain nya ialah bukan Positional base. Seandainya pemain di malaysia diajar secara positional base dari kecil lagi, saya percaya akan ada rakyat Malaysia yang akan menjadi Grandmaster.

6/5/2008.