Friday, June 22, 2012

Attack= serang

Hari ni saya nak cerita sikit pasal style pemain chess amatur macam saya lah. Sesetengah player suka defence ajer, jarang menyerang. Saya nak tekan kan disini. Chess adalah permainan yg perlu menyerang untuk menang. Sama seperti permainan bola. kalau kita tak menyerang , macamana nak jaringkan gol.So dalam permaianan chess apabila kita diserang, kebarangkalian untuk buat kesilapan amat tinggi. Pressure itu memang menyakitkan. So Pastikan kita tidak diserang.

Apa itu menyerang dalam permainan chess?

Ia bolehlah ditakreifkan sebagai threat to capture atau dalam bahasa Melayu nya. Ancaman untuk makan.

Sekian sahaja...

Monday, June 18, 2012

Salam sejahtera peminat2 Chess Malaysia. Lama dah saya tak update blog ni .Biasalah manusia ni semangat turun naik.

Hari ini saya akan menulis mengenai positional play dan tactical play. Tentu kita pernah mendengar orang berkata " Si A tu bermain secara positinal"  dan " Si B pulak bermain secara tactical". Atau kita pernah dengar  orang berkata. "Si Atu  positinal player dan Si B tu pulak tactical player" Ini pendapat saya. Kalau salah boleh bangkang .

Pada pendapat saya istilah tersebut tidak tepat. Positinal play adalah kaedah bermain chess yang mengikut positional concept. Possitinal concept ialah , pawn structure, Open file, control space, control centre, mobility dll. Seorang pemain yang bagus mesti bermain secara positional ini.

Tactic atau tactical adalah merupakan senjata(perangkap) untuk memusnahkan lawan kita. Misalnya, skewer, pin, opencheck , discover attack, fork. Apa yang berlaku adalah, diperingkat amatur , pemain hanya bermain menggunakan senjata tersebut tanpa memikirkan sangat positional concept dalam permainan mereka.


Positinal play adalah cara bermain peringkat tinggi dalam permainan chess. Pemain ternama seperti Kasparov , Fisher dan Tal adalah pure positional player. Mereka berjaya menggabungkan kedua-dua pengetahuan positional dan tactical dalam permainan mereka. Ini menjadikan mereka lebih kreatif dan keputusan permainan mereka memang luar biasa.


t. kasih ... jumpa lagi

Wednesday, June 18, 2008

Positional Chess 10 (sambungan)

Pada minggu yang lepas saya ada menerangkan tentang square yang dikira lemah walaupun ia dikawal oleh pawn tetapi ia disebabkan oleh kelemahan yang teruk dalam position. Mari kita lihat contoh dibawah


Square pada f3 putih sangat lemah walau ia dikawal oleh pawn g2 dan Knight putihpada d4 . Knight hitam pada g5 bila-bila masa akan melakukan sacrifice dan memenangi Queen putih. Queen putih pada h4 tidak dikawal, tidak akan dapat menafikan hakikat bahawa square f3 sangat lemah. putihmenyedari hakikat ini dan cuba mebawa Bishopnya pada e2 untuk mengawal f3 yang lemah ini tetapi sudah terlambat.

23.Be2 Rxe2 24.Nxe2 Nf3+ 25.gxf3 Qxh4 0-1

Sekian. Di posting yang akan datang saya akan menerangkan jenis-jenis center yang terdapat dalam permainan kita. Dengan memahami center-center ini kita akan dapat menentukan strategy yang sesuai untuk menyerang lawan kita.......... bye.

Sunday, June 8, 2008

Positional Chess 10

Weak Square


Weak Square bolehlah didefinisikan sebagai square yang tidak dilindungi/disokong oleh mana-mana pawn. Namun begitu dalam parktik yang sebenar weak square ini mempunyai makna yang lebih luas: Sesuatu square itu boleh dianggap lemah walaupun ia dilindungi/disokong oleh pawn , sekiranya berlaku kelemahan yang teruk dalam position ( saya akan huraikan maksud tersebut dengan lebih dalam)

Contoh dibawah saya petik dari buku Play Like Grandmaster.



Sekali pandang bila kita asses position di atas perhatian kita akan tertumpu kepada d6. Square d6 sangat lemah dan ia terletak pada center kawasan hitam kerana tidak dilindungi oleh mana-mana pawn, Lebih-lebih lagi tidak ada mana-mana minor pieces yang boleh menghalau Knight dari bertapak pada d6 tersebut pada masa inilah. Dark square bishop hitam nampaknya tersasar dari permainan pada masa ini. Hitam memerlukan sedikit masa untuk melidungi square tersebut.. Kalaupun Hitam membuat pertukaran dgn Knight pada square d6 tersebut advantage putih tetap terserlah

Game ini berlansung sepeerti beikut

1.Nb1 Qf8 2.Na3 Bd8 3.Nc4 Bc7 4.Nd6

Rb8 5.Rb1 Qd8 6.b4 axb4 7.Rxb4 Bxd6 8.exd6 Qa5 9.Rdb3 Re8 10.Qe2 Qa8 11.Re3 Kf7 12.Qc4 b5 13.Qc2 Rxd6 14.cxd6 c5+ 15.Kh3 cxb4 16.Qc7+ Kg8 17.d7 Rf8 18.Qd6 h6 19.Qxe6+ Kh7 20.Qe8 b3 21.Qxa8 Rxa8 22.axb5 Rd8 23.Rxb3 Rxd7 24.b6 1-0

Kalau kita perhatikan, keseluruhan permainan di atas adalah bertitiktolak atas kewujudan weaksquare pada d6

bersambung.......

Sunday, June 1, 2008

Positional Chess 9

Weak Pawn

“Pawn adalah jiwa chess”

“The pawn structure provides the clues to any possible future plan”

Apa itu weakpawn?

Weakpawn bolehlah ditakrifkan sebagai pawn yang tidak disokong oleh pawn yang lain

Bagaimana pula dengan pawn yang disokong oleh pieces? Berdasarkan takrif di atas pawn yang disokong oleh mana-mana pieces pun adalah dianggap lemah

Dalam permainan chess pawn yang lemah ini akan menjadi sasaran serangan pieces. Oleh itu ia akan menjadi focus keseluruhan permainan tersebut.



Berdasarkan gambarajah di atas. Pawn Putih pada c2 dan c3 adalah doubled pawn, pawn putih pada a5 dan pawn hitam pada h4 adalah isolated pawn, pawn putih pada g2 dan pawn hitam pada b7 adalah backward pawn. Pawn pada e5 dan f5 pula adalah hanging pawn. Kesemua pawn yang saya sebutkan tadi adalah lemah kerana perlu dipertahankan oleh pieces apabila diserang.

Lihat pula diagram dibawah


Berdasarkan pawn struktur di atas pawn pada e6 hitam adalah lemah manakala putih pawn pada c3 adalah lemah. Pada pawn yang berantai seperti di atas base pawnnya pula adalah yang lemah

Walaubagaimanapun keadaan tidak akan membahayakan sekiranya pawn-pawn tersebut tidak dapat didekati oleh mana-mana pieces lawan

Sebagai seorang pemain positional semua kumpulan weakpawn (pawn lemah) diatas mestilah diambil kira dalam membuat perancangn atau serangn.


Thursday, May 29, 2008

Positional chess 8

Selamat sejahtera peminat2 chess semua. Dah lama saya tak ucap selamat ni.

Ada diantara kawan kita yang bertanya perbezaan menyerang secara strategy dan menyerang secara combinasi. Ini adalah berkaitan Steinitz rules yang ke enam.

“The means of attack in chess are twofold , combinative and strategical”

Cara menyerang dalam chess ni ada dua iaitu secara combinasi dan secara strategy

Mula-mula mari kita fahami apa itu kombinasi. Kombinasi dalam chess ini adalah merupakan gabungan dua taktik atau lebih

Taktik ialah: immediate forcing move atau gerakan memaksa yang hasilnya dapat dilihat dalam masa terdekat dan memerlukan tindakbalas segera dari lawan kita

Forcing move adalah seperti: capture, check dan promoting dan termasuk lah ancaman untuk check, ancaman untuk capture dan ancaman untuk primoting.

Contohnya seperti, Pinning, Forks, skewer,discover attack, discover check, removing defender, overloading, decoying dan deflection

Mari kita lihat makna strategi . Strategi bolehlah diertikan sebagai long range idea.untuk mencapai sesuatu matlamat/keputusan. Cuba kita fahami makna perkataan idea disini. Ia cumalah satu idea. Tidak ada tindakbalas segera daripada lawan kita. Ini termasuklah

  1. Control open file
  2. Control space
  3. Attacks center
  4. Attack wing.
  5. Blockade
  6. Put pressure dan lain-lain

Cuba kita renung bait-bait berikut.

When it comes to chess players though, the words 'strategy' or 'strategies' invoke different meanings. Players think of strategy as being the opposite of tactics. While tactics involve combinations and sacrifices, so-called "fireworks", strategic play is much calmer and involves long term positional planning aimed at achieving overall superiority.

Internet

“Tactis is what you do when you know what to do and strategy is what you do when you don’t”

Seighbert Tarrasch

“First restrain, next blocked, last destroy”

Aron Nimzowich

So bagaimana kita nak menyerang?. Ia bergantung kepada position yang kita hadapi. Kadang2 kita lebih banyak menggunakan strategy, kadang kita lebih banyak menggunakn taktik atau kombinasi.

Jumpa lagi!

Sunday, May 25, 2008

Positional Chess 7

Hari ini mari kita lihat bagaimana Bobby Fischer seorang lagenda catur dunia menggunakan positional konsep/ factor dalam permainannya. Bagaimana beliau menggunakan bala tenteranya secara bersepadu. Bagaimana beliau develope tentera2nya dengan cepat dan menjimatkan masa (time/tempo).

Fischer Vs Petrossian Buenos Aires 1971

1.e4 c5 2.Nf3 e6 3.d4 cxd4 4.Nxd4 a6


Cuba lihat diagram diatas Putih menggunakan kelebihan nya sebagai pemain yg memulakan gerakan dahulu dengan pawn e4 menyerang petak d5 dan f5 hitam, Nd4 menyerang b5, c6, e6 dan f5. Queennya menyerang petak h5 . Light bishopnya menyerang b5 dan a6 . Dark bishop nya menyerang petak g5 dan h6. Kalau peminat 2 semua perasan segala petak yang saya sebutkan tadi adalah dalam daerah atau kekuasaan hitam. Hanya satu bishop sahaja yg perlu dikeluarkan oleh putih bagi membolehkanya castling dan memulakan serangan keatas tentera hitam.

Bila kita bandingkan hitam pula, Hanya 3 petak putih yang berjaya diserang oleh hitam buat masa ini, iaitu pada b4 dan a3 oleh bishop.. h4 oleh Queen. Dapat lah disimpulkan bahawa putih terkehadapan dalam development dan Putih mempunyai advantage pada masa ini.

5.Bd3 Nc6 6.Nxc6 bxc6



Hitam mempunyai kelemahan pada a6 (isolated pawan) tetapi pawn centernya sangat kuat. Center pawn ini perlu dibimbangi oleh putih pada fasa ending nanti. Olehitu putih akan cuba memecahkan pawn struktur hitam ini.

7.0–0 d5 8.c4 Nf6 9.cxd5 cxd5 10.exd5 exd5


Dengan kebijaksanaan putih berjaya memecahkan pawn stuktur hitam kepada a6 dan d5. Kedua-dua pawn ini akan menjadi sasaran putih dalam permainan ini. Ia juga meberi clue atau idea kepada putih untuk membuat perancangan secara keseluruhannya .

Dari sini putih terus mengeluarkan piecesnya dengan secepat mungkin sehingga kedua-dua rooknya boleh bertemu.

11.Nc3 Be7


Menyedari hitam sedang berusaha untuk castling putih akan cuba menghalangnya sedapat yang boleh dengan ...

12.Qa4+ Qd7 13.Re1

Qa4+ dan Re1 adalah merupakan tindakan bijak putih bagi menghalang hitam dari castling sambil membawa lebih banyak tenteranya kedalam pertempuran. Ini sangatlah membebankan hitam. Hitam terpaksa mengikut rentak putih. Putih pula memimpin seluruh permainan ini



13..Qxa4 14.Nxa4 Be6 15.Be3 0–0

Selepas gerakan ke 15 baharulah hitam boleh castling. Mari kita asses position di atas.

Putih menyedari disebelah Queenside putih mempunyai kelebihan pawn majority, hitam mepunyai bad bishop . Hitam juga mempunyai dark square bishop yang aktif. Dark square bishop hitam ini perlulah dibunuh oleh putih untuk menambahkan cengkamannya pada hitam dan menambah parahkan position hitam yg sedia lemah ini.

16. Bc5 Rfe8 17.Bxe7 Rxe7




Sekarang bishop yag aktif telah dimatikan. Maka putih merancang untuk menyerang a6 yang lemah itu dengan menggerakan b4. Selain untuk menetapkan pawn hitam pada a6 dan sekali gus menyediakan tapak untuk Outpost Knightnya

18.b4 Kf8 19.Nc5


19...Bc8 20.f3 Rea7 21.Re5


Dengan Re5 pawn lermah yang kedua hitam pula menjadi sasaran putih. Kelam kabut hitam terpaksa menampung kelemahan2 yang ada dalam position beliau. Hitam pasti tak akan bertahan lama

21...Bd7

Menyedari kesilapan nya mempertahan kan a6 dari Bc8 yang membataskan tugas Rook yang sepatutnya mengawal file c atau file e, Hitam berniat untuk melatakkan Bishop pada b5. Adakah putih akan mebiarkan ini




22. Nxd7+

Putih menukarkan good knihtnya dengan bad bishop hitam kerana sungguhpun ia bad bishop tapi dia lah satu-satunya defender terbaik untuk a6 dan d5 Hitam.

Sebagai pulangan Putih dapat mengawal C file menandakan saat2 pertahanan Hitam akan runtuh

Rxd7 23.Rc1 Rd6 24.Rc7



24...Nd7 25.Re2 g6 26.Kf2 h5 27.f4 h4

Gerakan h4 hitam adalah gerakan membunuh diri kerarana ia boleh diserang oleh King putih dengan h3-g4. dan ini telah memaksa Hitam untuk melemahkan pertahanan kingnya dengan f5

dan d4 dan seterusnya menyebabkan kekalahan Hitam.


30.Kd2 Nf6 31.Ree7 Nd5 32.Rf7+ Ke8 33.Rb7 Nxb4 34.Bc4 1–0